Jualan iPhone 14 meningkat tiga kali ganda

Pengguna sedang melihat iPhone di Machines KLCC

Hari ini, iPhone 14 dilancarkan secara jualan fizikal di kedai-kedai seluruh Malaysia secara rasmi selepas ia dilancarkan pada 16 September lepas.

Tinjauan TheSkop di kedai-kedai rasmi di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur mendapati kebanyakan unit habis dijual.

Kedai rasmi Celcom, Blue Cube misalnya kehabisan stok dengan pelanggan yang menempah lebih awal saja boleh mendapatkannya. Celcom juga mempunyai acara rasmi di Sunway Pyramid bagi jualan secara walk in tetapi ia habis seawal jam 2 petang.

“iPhone 14 pro dan iPhone 14 pro max adalah unit paling laku dan permintaannya sangat tinggi meskipun boleh dikatakan harganya tinggi,” kata seorang jurujual yang tidak boleh dinamakan atas faktor bukan jurucakap rasmi.

Katanya, Celcom menggandakan tempahan unit berbanding iPhone 13 dan ia masih tidak cukup untuk menampung permintaan tinggi. “Boleh dikatakan, kalau kami order 3,000 unit, tempahan yang diterima adalah 9,000,” katanya lagi.

Pengguna Celcom beratur pada jam 7 pagi bagi mendapatkan unit

Faktor pengguna iPhone 11 juga menjadi sebab utama permintaan tinggi. “Ramai yang memakai iPhone 11 menukar ke unit utama,” kata sumber dari sebuah stor rasmi Apple.

Harga iPhone yang dijual tinggi tahun ini juga tidak menghalang pengguna seluruh dunia mendapatkannya berdasarkan pengguna yang mempunyai wang ringgit menunggu hampir tiga tahun untuk menukar ke unit baru selepas pandemik COVID19.

Harga iPhone di Malaysia adalah:

6.1″ iPhone 14

  • iPhone 14 128GB — RM4,199
  • iPhone 14 256GB — RM4,699
  • iPhone 14 512GB — RM5,699

6.7″ iPhone 14 Plus

  • iPhone 14 Plus 128GB — RM4,699
  • iPhone 14 Plus 256GB — RM5,199
  • iPhone 14 Plus 512GB — RM6,199

6.1″ iPhone 14 Pro

  • iPhone 14 Pro 128GB — RM5,299
  • iPhone 14 Pro 256GB — RM5,799
  • iPhone 14 Pro 512GB — RM6,799
  • iPhone 14 Pro 1TB — RM7,799

6.7″ iPhone 14 Pro Max

  • iPhone 14 Pro Max 128GB — RM5,799
  • iPhone 14 Pro Max 256GB — RM6,299
  • iPhone 14 Pro Max 512GB — RM7,299
  • iPhone 14 Pro Max 1TB — RM8,299

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami