Coca-Cola KU Jaga Kita

Kita jaga kita, Coca-Cola KU pun jaga kita. Syarikat minuman terkemuka dunia, Coca-Cola sekali lagi tampil ke hadapan membantu belia serta usahawan wanita menerusi program Coca-Cola KU yang telah melibatkan hampir 16,000 peserta wanita sejak dari 2017.  Dengan kerjasama KPDNHEP, Coca-Cola komited membantu ekonomi 5 juta usahawan wanita melalui inisiatif yang dinamakan “5by20”.

“Wanita dan belia telah terbukti sebagai agen perubahan di dalam masyarakat.” keyakinan yang diberikan oleh Barry O’ Connell, Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investments Group Malaysia, Singapura dan Brunei.

Program Coca-Cola KU ini merupakan sebuah platform e-pembelajaran yang membantu usahawan wanita dan belia dalam menguruskan perniagaan mereka. Platform  ini membantu para peniaga mempelajari lima modul yang memberi tumpuan kepada tiga bidang iaitu kemahiran perniagaan, akses kepada kredit dan platform ekosistem keusahawanan mikro dengan bimbingan dan juga sokongan rakan peniaga secara percuma.

“Apabila mendengar tentang program Coca-Cola KU di Terengganu, saya terus berminat untuk mendaftar. “ itu komen Puan Zubaidah, seorang peserta Coca-Cola KU.

Puan Zubaidah juga berkata, “Hasilnya, saya banyak belajar mengenai teknik pemasaran, pelbagai platform teknologi, aspek kewangan perniagaan, peluang perniagaan baru dan banyak lagi.” Dengan bimbingan modul Coca-Cola KU, usahawan wanita seperti Puan Zubaidah telah berjaya dibantu dengan perniagaannya yang bertambah baik dan menarik ramai pelanggan baharu.

Demi membantu dan menggalakkan penyertaan ramai, Program Coca-Cola KU ini akan mengadakan jelajah pendaftaran di lokasi-lokasi utama, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga hujung bulan ini. Untuk yang menyertai jelajah, Coca-Cola menghadiahkan barangan eksklusif Coca-Cola bagi mereka yang mendaftar di lokasi jelajah pendaftaran.

Encik Ismainur Hadi (Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan KPDNHEP) menyatakan keyakinan beliau juga, “Justeru, kami yakin bahawa melalui program Coca-Cola KU tahun ini dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita dan belia dalam meningkatkan taraf hidup dengan memulakan perniagaan mereka sendiri.”

Coca-Cola ingin mengajak lebih ramai wanita untuk sertai program Coca-Cola KU dengan mendaftarkan diri di laman https://ccku.coca-cola.com.my dan klik di bahagian “Daftar Sekarang” untuk mengisi butiran peribadi. Terus klik “Daftar Sekarang”

Setelah melengkapkan setiap modul, tahap kefahaman setiap peserta akan dinilai dan mereka akan diberikan sijil yang diiktiraf oleh KPDNHEP.

Coca-Cola sedia membantu dan menjaga kita!


Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami