realme kini nombor dua di Malaysia

Jenama realme baru sahaja mencapai jualan 50 juta telefon pintar selepas ia diperkenalkan di pasaran dunia pada 2018.

Lebih membanggakan, realme Malaysia menduduki tangga kedua di negara dengan peningkatan jualan suku-ke-suku sehingga 50% menurut kajian Smartphone Market Monitor Q3 2020.

Sejarah tercipta pada suku terbaru saja apabila realme bukan saja berhasil memasarkan lebih 14.8 juta telefon di pasaran dunia malah ia menjadi satu-satunya jenama yang berjaya mencatatkan peningkatan sehingga 132% dari suku tahun ke suku yang berikutnya pada Q3 tahun ini menurut agensi penyelidik Counterpoint.

Momentum yang laju dan pantas oleh realme tersebut menurut Counterpart lagi menunjukkan ia antara syarikat paling kukuh dalam peningkatan jualan berbanding syarikat OEM lain. Kejayaan ini menurut kajian agensi sama adalah keberkesanan realme menghalusi permintaan golongan muda di seluruh dunia dengan segmen produk yang menarik.

Berlandaskan slogan ‘Dare to Leap’, ia ternyata memberi nafas segar kepada realme yang berhasil dalam strategi memperkenalkan produk berprestasi tinggi dan trendy kepada anak muda.

Jenama yang disasarkan kepada golongan muda dan professional ini berjaya menewaskan puluhan syarikat lain dalam tempoh sembilan suku tahun berturut-turut sekaligus mengejutkan ramai pihak tentang keberadaan realme di pasaran sebelum ini.

Bagi rekod yang mengejutkan lain, realme Malaysia turut menjadi jenama Nombor 1 ‘Best Selling New Smartphone in Lazada 2020 (rekod sehingga 11 November 2020) dan juga ‘The Best Selling Smartphone Series in Lazada 2020 (Tarikh yang sama).

Ciptaan rekod tersebut dibuktikan dengan peningkatan jualan di Lazada sehingga 115% berbanding ketika jualan 11.11.2019.

Pada 11.11 kali ini, realme menjadi jenama Nombor 1 untuk segmen:

  1. Audio

2. Wearable

3. Aksesori Mudah Alih

4. Jualan Terbaik Telefon 8GB+128GB.

Sherry Tan, Ketua Pegawai Bisnes Lazada Malaysia berkata, “Sangat memberangsangkan apabila melihat bagaimana realme berjaya memperluas kehadirannya secara online di Lazada Malaysia dan menjadi nombor 1 bagi jenama di LazMall.

“Kami tak sabar untuk terus bersama realme,” katanya.

Realme Malaysia juga menerima berita memberangsangkan apabila jualannya meningkat kepada 5053% pada jualan Double 11 Shopee pada 2020 berbanding tahun lepas.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho juga berkata bahawa, “Kami berasa besar hati menjadi rakan e-dagang pilihan yang dipercayai oleh realme. Daripada telefon pintar hingga gajet tangan, serta produk kesihatan dan barangan gaya hidup, pelbagai produk realme diminati ramai rakyat Malaysia yang membeli-belah di Shopee. Ini menjadikan realme antara salah satu jenama mudah alih dan gajet yang paling laris di platform ini. Shopee mengucapkan tahniah kepada realme atas pencapaian baharu ini, dan kami berharap dapat mencapai lebih banyak lagi pada masa depan.”

Walaupun boleh dikatakan masih baru dalam industri,  realme sudah mampu memenangi lima anugerah tertinggi antarabangsa dan dipercayai untuk bekerjasama dengan ramai pereka bertaraf dunia untuk produknya seperti yang disaksikan dalam realme Design Studio.

Realme mempunyai teknologinya tersendiri apabila menjadi syarikat pertama yang memuatkan prosesor Snapdragon 865/765G dan memperkenalkan kamera beresolusi 64MP pada fon mereka. Paling penting, realme berjaya menawarkan fon yang berkeupayaan 5G  kepada golongan muda di negara ini yang meningatkan popularity dan reputasinya.

Pasukan realme yang bertapak di seluruh dunia mengambil risiko yang tinggi memasuki 61 negara namun segalanya berbaloi dengan menjadi Top 5 di 13 negara sekarang dalam tempoh hanya dua tahun, yang mana ia sekarang berada di tangga ketujuh keseluruhan sebagai pengeluar telefon pintar terkemuka.

Untuk penggunanya yang muda, realme menambah variasi produk-produk AIoT seperti audio pintar, visual dan produk-produk gaya hidup baru terkini untuk menghubungkan mereka.

Anda mahu sesuatu yang masih misteri tapi akan terbongkar tidak lama lagi? Nampaknya dikhabarkan realme 7 5G bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Text

Description automatically generated

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami