Apa Ada Pada vivo V20?

Dalam dunia moden yang serba pantas, memiliki barangan yang terkini dan menarik perhatian adalah sangat penting untuk pengguna sebelum membuat pembelian sesuatu produk. Perkara yang sama turut digunakan untuk pembelian telefon pintar. Dengan rekaan terdahulu yang besar dan tebal, pengguna telefon pintar kini lebih menghargai malah melahirkan rasa yang lebih mendalam untuk telefon pintar yang menawarkan kemudahan dan meningkatkan rasa anggun yang padan dengan gaya hidup mereka.

Menggunakan pendekatan rekaan fesyen, vivo terus menguja pengguna dengan melancarkan siri V20 – barisan telefon pintar yang memperkasa pengguna untuk ‘Be the Focus’, bertindak sebagai lanjutan kepada tujuan vivo untuk mencipta gerakan bersepadu mewakili pengguna vivo yang menjadi titik tumpuan setiap detik tangkapan tanpa tapisan dan spontan.

Kini, dengan siri terunggul vivo V20, pengguna telefon pintar akan memiliki peranti sempurna yang terbaik dari dua sudut berbeza – memberi mereka prestasi teknologi yang diperlukan untuk menangkap detik terbaik dalam hidup sambil kekal menjadi tumpuan dalam mengikuti trend terkini dengan rekaan telefon yang sangat bergaya dan anggun pada bila-bila masa dan di mana jua.

Dengan siri V20, setiap elemen rekaan mencerminkan usaha berterusan vivo dalam mencipta rekaan telefon pintar yang bergaya bagi memenuhi keperluan pengguna telefon pintar yang sering berubah. Dari bagaimana rasanya di dalam genggaman, sehingga rupanya di mata pengguna, siri V20 dihasilkan secara pintar untuk meningkatkan pengalaman moden dan fesyen pengguna telefon pintar secara keseluruhan, pada masa yang sama, membenarkan mereka mengekspresi diri sepenuhnya sambil menikmati setiap detik riang dalam hidup.

Sebagai produk atau peranti teknologi, memang mudah untuk mengandaikan bahawa telefon pintar adalah peranti tanpa keperibadian. Tetapi, apabila membincangkan tentang rekaan peranti terunggul, vivo dan pasukan rekaan berkelas dunia mereka bertungkus-lumus dan mengambil inspirasi dari dunia sekeliling. Hasilnya adalah sebuah telefon pintar yang menawan dan memancarkan keperibadian tersendiri, serta membolehkan pengguna membina hubungan yang kukuh dengan telefon pintar mereka dalam menjalani setiap detik dalam kehidupan.

Pada masa yang sama, pasukan rekaan vivo turut melihat pada kepentingan fungsi fizikal yang memberikan pengguna faedah tambahan dari segi keselesaan di tangan pengguna dan bagaimana ia menjadi pelengkap terbaik dalam gaya hidup pengguna yang elegan dan bergerak pantas.

Elemen rekaan siri V20 yang paling menarik perhatian sudah pasti adalah penggunaan palet warna yang menawan. Pasukan rekaan V20 Pro dan V20 memiliki kepakaran dalam menghidupkan warna yang diinspirasikan dari seni simfoni muzikal dan alam semulajadi menerusi profil warna ini: Midnight Jazz, Sunset Melody dan Moonlight Sonata.

“Midnight Jazz”, yang terdapat di model V20 Pro dan V20 dalam siri V20, memancarkan rasa misteri, mendalam dan elegan yang tenang. Seperti nota muzik jazz, warna ini berubah dengan pergerakan cahaya yang memantul dari belakang telefon, beralih antara warna perak dan hitam, memberikan keseimbangan di antara intensiti dan tidak keterlaluan untuk pengguna yang menghargai daya tarikan halus dan berseni.

“Sunset Melody” terdapat di model V20 dan mengambil inspirasi dari lukisan terkenal matahari terbenam oleh Monet yang menggabungkan kepelbagaian warna semasa matahari terbenam pada waktu paling tenang dan romantik dalam sehari. Warna ini menangkap dengan sempurna peralihan antara ungu dan biru untuk mewujudkan rasa damai, selesa, tenang dan indah.

“Moonlight Sonata” terdapat di V20 Pro dan ia menampilkan keaslian dan kesederhaan warna putih dengan sempurna. Jika dilihat dari dekat, warna ini menghidupkan melodi terkenal “Moonlight Sonata” yang disusun oleh Beethoven, membawa pengguna ke malam bercahaya bulan yang terang dan elegan.

Pasukan rekaan vivo juga telah mengambil inspirasi dari dalam semesta dan seri alam semulajadi dan pada masa yang sama, bersebati dengan elemen fesyen untuk menghasilkan profil warna yang dicipta istimewa untuk V20 SE: Gravity Black dan Oxygen Blue.

“Gravity Black” menampilkan gradien gelap yang kelihatan mewah yang memberikan rasa teknologi canggih. Ia berasaskan warna ruang terdalam angkasa lepas, ditarik oleh graviti untuk mencipta kontinum ruang masa yang baru di dalam tangan anda.

“Oxygen Blue” mengandungi warna biru cair yang menyegarkan yang diinspirasi dari langit yang bertiup lembut dan cecair oksigen tulen. Ia memancarkan keterangan dan kecerahan yang damai.

Untuk siri V20, pasukan rekaan vivo telah mengambil konsep rekaan moden untuk menggabungkan dengan lancar fungsi telefon pintar ke dalam rekaan sangat bergaya sambil tidak lupa untuk memberikan genggaman yang selesa untuk pengguna dalam menjalani kehidupan seharian.

Untuk meletakkan fokus ke atas keupayaan kamera canggih, vivo menjadikannya ke tahap serba baharu dengan menghasilkan rekaan “Dual Tone Step” untuk komposisi kamera belakang di model V20 Pro dan V20 bagi menonjolkan rasa mendalam dan teratur sambil mengekalkan kenipisan telefon pintar tersebut.  Kamera belakang V20 Pro dan V20 telah direka oleh pakar untuk membuang rupa bonjolan tebal kamera yang sering terdapat di model fotografi telefon pintar unggul sebelum ini. Dari pandangan mata, rekaan “Dual Tone Step” memberikan rasa berlapis, seperti tangga, dan juga untuk membezakan kawasan lampu flash dari kamera. Dengan menyeimbangkan bonjolan secara halus, keseluruhan reka bentuk kamera belakang dihasilkan untuk memberikan penampilan profesional dan berkelas – sangat sesuai untuk peminat fesyen.

Pereka siri V20 juga mahu memberikan pengguna telefon pintar yang berteknologi maju tetapi masih selesa digenggam di dalam tangan. Dengan pembangunan 5G, pereka vivo telah berhadapan cabaran unik untuk mereka telefon 5G tanpa mengorbankan aspek rekaan V20 Pro, terutama pada ketebalan telefon. Menerusi kepakaran rekaan dan kebolehan vivo yang menerajui industri 5G, vivo telah berjaya menghasilkan telefon pintar 5G ultra-nipis dan ultra-ringan, dengan V20 Pro menjadi telefon 5G paling nipis di pasaran. Dengan kenipisan 7.39mm dan berat hanya 170g, pengguna tidak akan berhadapan masalah menggunakan kuasa 5G di mana jua pelusuk dunia. Model lain di dalam siri V20 juga menerima faedah dari kepakaran rekaan vivo, dengan V20 hanya 7.38mm dan 171g[1] manakala V20 SE pula hanya 7.83mm dan 171g.

Dengan tujuan untuk mencipta telefon pintar yang kelihatan nipis dan bergaya, pasukan rekaan vivo turut mengambil langkah lebih berhati-hati dalam butiran-butiran kecil. Dari sudut sisi, vivo telah menggabungkan dua slot kad SIM-Nano ke dalam badan telefon pada semua siri V20 untuk menawarkan kedua-dua faedah fungsi dan rekaan, berguna untuk pengguna telefon pintar moden yang sentiasa bergerak.

V20 Pro dan V20 juga menampilkan kaca AG Matte, yang menambah sentuhan mewah halus kepada estetika dan memberikan keselesaan kepada pemegang. Punaran bahan kimia menambah lagi kesempurnaan permukaan untuk memberikan kehangatan dan menjadikannya tahan calar, sebelum menambah lapisan selaput AF untuk melindungi telefon dari kesan cap jari. V20 SE menampilkan badan 3D yang melengkung dan hadir dengan bahan polimer tinggi untuk memberikan kemasan yang halus dan selesa yang memberi rasa seperti memegang awan di dalam tangan.

Dengan semua elemen ini digabungkan, siri V20 memberi pengguna pengalaman telefon pintar yang menyeronokkan dengan genggaman yang selesa.

Siri V20 hadir sebagai usaha bersepadu pakar pasukan rekaan vivo yang berjaya memasukkan elemen fesyen yang indah ke dalam rekaan telefon pintar tersebut. Hasilnya adalah siri telefon yang menakjubkan dengan rupa ultra-nipis lengkap dengan kaca AG anti-cap jari yang tahan lasak dan lebih halus dan simfoni warna indah – semuanya dicipta untuk menjadikan siri V20 menonjol sebagai telefon pintar bergaya dan dinamik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami