Pengguna naik geram, iPhone 12 tidak disertakan bersama pengecas dan fon telinga

Rata-rata pengguna iPhone begitu geram apabila Apple tidak lagi menyertakan pengecas dan juga fon telinga bersama-sama pembelian iphone baharu.

iPhone 12 yang dilancarkan di Apple Event awal pagi semalam turut mengetengahkan mesej penjagaan alam sekitar.

Perkara tersebut diikuti dengan pengumuman bahawa Apple tidak lagi menyertakan pengecas dan fon telinga.

Selain itu, Apple turut mendakwa lebih dari 2 billion penyesuai kuasa di seluruh dunia hari ini dan menyertakan sekali peranti mereka merupakan sebuah pembaziran.

Oleh kerana itu, pembelian iPhone baharu, iPhone 12, selepas ini akan hadir bersama kabel USB-C ke Lightning sahaja.

Pengumuman ini dari sudut lain mengundang rungutan rata-rata pengguna iPhone dan dijangka bakal memberi impak yang besar terhadap penjualan iPhone 12 akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami