Apple menjual pengecas pantas 20W iPhone 12 pada harga RM99

Apple kali ini dilihat begitu mengambil langkah drastik dalam kempen menjaga alam sekitar dan mengurangkan pembaziran sampah sarap elektronik.

Selepas pengumuman iPhone 12 tidak lagi disertakan bersama pengecas, Apple secara rasmi melancarkan pengecas pantas 20W iPhone 12 pada harga RM99.

Ini bermakna jika anda ingin membeli iPhone 12, anda perlu membeli secara berasingan kepala cas iPhone pada harga RM99.

Pengecas pantas 20W tersebut telah dijual pada harga yang lebih murah berbanding pengecas 18W yang dijual pada harga RM149 sebelum ini.

Pun begitu pengecasan iPhone 12 masih boleh digunakan bersama kepala pengecas iPhone 11, XS, SE, XR, 8, X, iPad Gen 8 dan iPad Air 2020.

Langkah ini walaupun dilihat mampu memberi impak yang baik terhadap alam sekitar, namun Apple diramal bakal menghadapi cabaran dalam penjualan iPhone 12 kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami