Perkhidmatan Penghantaran Fail Bersaiz Besar Firefox Send Dihentikan Sementara oleh Mozilla

Mozilla dilaporkan telah menghentikan perkhidmatan penghantaran fail bersaiz besar, Firefox Send.

Penghentian sementara itu berlaku selepas pihak mereka mendapat sejumlah laporan mengenai penyebaran virus malware melalui Firefox Send yang membuatkan ramai pengguna menjadi mangsa melalui perkhidmatan berkenaan.

Ciri perkhidmatan penghantaran fail bersaiz besar tersebut yang telah dilancarkan tahun lepas membolehkan pengguna menghantar fail bersaiz besar sehingga 2.5GB.

Setakat ini masih belum ada pengumuman daripada pihak Mozilla tentang tarikh pengenalan semula perkhidmatan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami