Lebih ringan daripada Musang King, HONOR MagicBook sedia masuk Malaysia pada…

Pengeluar jenama HONOR mengesahkan akan memasarkan laptop HONOR MagicBook 14 di negara ini pada 6 Julai ini.

Laptop yang berkuasa tinggi dan ringan tersebut menawarkan kuasa bateri tahan lama dan prestasi ultra laju untuk memudahkan pengguna memakainya ketika keluar di mana saja mereka berada sama ada untuk tujuan kerja atau menggunakannya sebagai platform hiburan.

HONOR MagicBook 14 mempunyai berat hanya 1.38kg yang mampu bertahan 10 jam pada penggunaan tinggi. Skrin FullView dimaksimumkan dengan nisbah screen-to-body di samping pengecas pantas 65W jenis Type-C.

Cas pantas tersebut membolehkan anda memperoleh 46% kuasa bateri selepas dicas selama 30 minit.

Ia juga dilengkapi Magic-Link 2.0 yang memastikan kelancaran penggunaan antara telefon pintar HONOR dan laptop.

Bagi pembeliannya, anda boleh melayari laman web HONOR di http://hihonor.com/my dengan harga bermula RM2,299.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami