EA Janji FIFA 21 Bakal Hadir Sebagai FIFA Paling ‘real’

EA Sports menjanjikan FIFA 21 versi ‘next generation’ akan tampil sebagai permainan FIFA yang paling realistik dalam sejarah permainan video sukan.

Gabungan teknologi permainan baharu seperti Xbox Series X dan Playstation 5 akan membuatkan FIFA 21 menjadi lebih ‘real’ dengan perincian pemain yang menyerupai pemain sebenar.

FIFA 21 edisi ‘next generation’ akan hadir dengan perincian yang sangat sepadan dengan tatapan Playstation 5, merangkumi ciri haptik pada DualSense dan juga pencahayaan baru yang akan membantu meningkatkan tahap realisme keseluruhan permainan, janji EA.

Walaupun permainan FIFA sering mendapat kritikan kerana siri permainan yang dilancar secara tahunan itu sangat mirip dengan entri permainan tahun sebelum-sebelumnya, tetapi permainan FIFA tetap kekal sebagai salah satu francais permainan video paling popular di dunia dengan jualan 260 juta salinan pada tahun 2018.

(sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami