Harga Sony PS5 Bocor, Bakal Dijual Pada Harga Sekitar RM2,404

Pada 11 Jun lalu Sony telah melancarkan game Playstation 5 dan juga first look konsol terbaharu Playstation 5 secara atas talian.

Pengumuman rekaan konsol Playstation 5 tersebut dilakukan tanpa harga jualan dan tarikh mula jualan.

Namun begitu, semalam nampaknya harga Playstation 5 seakan telah ‘bocor’ apabila Amazon Perancis memaparkan harga rasmi Sony PS5 bagi pasaran Eropah sekaligus memberi bayangan harga yang bakal dijual kepada orang ramai.

Seorang pengguna Twitter, Ben Geskin, berkongsi tangkap layar Playstation 5 yang dipaparkan di Amazon Perancis dengan harga €499 (RM2,403.88) bagi edisi fizikal dan Digital Edition dengan harga €399 (RM1,922.14).

Selain itu, Forbes turut berkongsi berita pembocoran harga Playstation 5 tersebut di portal mereka.

Seperti yang diumumkan Sony tempoh hari, Playstation 5 akan hadir dengan dua variasi konsol iaitu; versi cakera fizikal yang dinamakan sebagai Playstation 5 dan versi digital sepenuhnya yang dinamakan sebagai Playstation 5 Digital Edition.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami