Sony Umum Playstation 5 Hadir Dalam Dua Variasi

Sony hari ini telah melancarkan permainan khusus untuk konsol generasi baru Playstation 5.

Sejumlah permainan telah dilancarkan dalam acara ini.

Seperti yang diumumkan oleh Sony, Playstation 5 akan hadir dengan dua variasi konsol iaitu; versi cakera fizikal yang dinamakan sebagai Playstation 5 dan versi digital sepenuhnya yang dinamakan sebagai Playstation 5 Digital Edition.

Selain itu, Sony turut menawarkan set konsol berkenaan bersama sebuah set kepala, alat kawalan permainan DualSense, kamera HD dan juga pengawal media.

Pun begitu, Sony masih belum mengumumkan harga jualan dan tarikh mula jualan Playstation 5 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami