Data WhatsApp Kini Sudah Boleh Disimpan Menggunakan Huawei Mobile Cloud

Simpan Data WhatsApp di Huawei

Krisis antara Huawei dan Amerika Syarikat pada 2019 meninggalkan kesan yang besar kepada Google. Ini kerana Google terpaksa akur dengan arahan Kerajaan Amerika Syarikat untuk tidak lagi menjalankan perniagaan dengan Huawei.

Huawei pada 2019 berada di tempat ketiga dalam pasaran telefon pintar dunia dengan pegangan pasaran sebanyak 15.2%. Konflik ini menyebabkan mereka tidak lagi dapat menggunakan servis Android dalam telefon pintar keluaran mereka, enggan mengalah lalu mereka melancarkan Huawei Mobile Services (HMS) untuk bersaing terus dengan Google Mobile Services (GMS)

Pengguna telefon pintar Huawei boleh menarik nafas lega kerana hari ini Huawei mengumumkan bahawa data WhatsApp sudah boleh disimpan di Huawei Mobile Services. Konsep sama seperti menyimpan di Apple iCloud dan Google, di HMS boleh menyimpan data, gambar dan video seperti biasa.

Kaedahnya adalah seperti berikut

1. Pergi ke Settings > tekan Huawei ID (jika anda belum memiliki Huawei ID, hanya daftar seperti biasa)

2. Pilih Cloud > tekan Cloud Backup

3. Pilih Back-up Options dan pergi ke App Data

4. Pilih WhatsApp dan selesai. Anda sudah boleh menyimpan data seperti biasa!

Huawei menawarkan 5GB data sebagai permulaan dan anda boleh memilih untuk menambah data mengikut pakej bersesuaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami