Apple Akan Dedah Rancangan Untuk Menggunakan Cip Sendiri Pada Mac di WWDC 2020

Apple dijangka akan mendedahkan rancangan untuk menggunakan cip sendiri pada Mac di WWDC, menurut laporan Bloomberg.

Pada tahun 2010, Apple mengejutkan dunia teknologi apabila mengumumkan bahawa ia akan membina cipnya sendiri, yang kemudian dinamakan A4. Cip tersebut digunakan sebagai peranti utama tablet iPad. Tahun ini, syarikat itu mungkin melakukannya sekali lagi, tetapi kali ini pengumuman dijangka beralih ke cip buatan sendiri untuk komputer Mac.

Khabar angin itu membawa maksud Apple bakal menyingkir cip pemproses Intel yang digunakan dalam beberapa komputernya. 

Apple akan membuat kenyataan rasmi tersebut pada akhir bulan ini di Worldwide Developers Conference 2020 (WWDC), menurut laporan Bloomberg pada hari Selasa lepas. 

WWDC 2020 telah dijadualkan berlangsung pada 22 Jun ini, dan akan diadakan dalam talian kerana wabak coronavirus. 

“Namun barangkali waktu pengumuman cip boleh berubah kerana kesan wabak itu terhadap produksi Apple”, menurut Bloomberg lagi.

(Sumber)  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami