Whatsapp Menyelesaikan Isu Maklumat Nombor Telefon Pengguna Tertiris

Whatsapp telah memperkenalkan fungsi Click To Chat untuk memudahkan pengguna memulakan perbualan hanya dengan pautan https://wa.me/ dan diikuti dengan no Telefon di belakang pautan.

Seperti contoh jika no telefon adalah 012 345 6789 maka pautan https://wa.me/60123456789 akan digunakan. Fungsi ini banyak digunakan oleh peniaga kecil dan sederhana untuk berurusan dengan pelanggan.

Menurut seorang pengkaji keselamatan siber, Athul Jayaram , Google boleh mengindeks nombor telefon yang menggunakan pautan ini dan sekaligus mendedahkan no telefon pengguna pada fungsi Google Search. Ini menimbulkan kegusaran dan isu keselamatan kepada mereka yang menggunakan fungsi ini.

Hari ini, didapati Google tidak lagi mengindeks no Telefon pengguna fungsi Click To Chat pada Google Search.

Peniaga yang kerap menggunakan fungsi ini boleh menarik nafas lega dan terus berkomunikasi dengan pelanggan melalui Click To Chat.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami