Pra-tempahan Samsung Galaxy Fold di Malaysia dibuka bermula 9 Oktober ini dengan harga….

Pada September yang lepas Samsung Galaxy Fold telahpun mula memasuki pasaran di Amerika Syarikat dengan harga $1,980 dan kini ia bakal memasuki pasaran tempatan. Keunikan peranti ini sudah tentu terletak pada bahagian panel skrin yang boleh dilipat, 2 paparan skrin dan mempunyai 6 kamera keseluruhan.

Jika sebelum ini kita pernah mendengar bahawa terdapat penjual tempatan yang membawa masuk Galaxy Fold dan menjualnya dengan harga lebih RM10,000. Kini Samsung Malaysia telah mendedahkan pra-tempahan Galaxy Fold yang bernilai RM8,388 bermula 9 Oktober ini buat pasaran tempatan. 

Pada bahagian spesifikasi, Galaxy Fold mempunyai paparan skrin bersaiz 7.3-inci Dynamic AMOLED yang boleh dilipat. Malah terdapat juga paparan skrin di bahagian luar bersaiz 4.6-inci Super AMOLED setelah dilipat. Memori 12GB RAM, storan sebesar 512GB bersama UFS 3.0, cip pemproses Snapdragon 855 dan bateri sebesar 4380mAh bersama pengecasan 15W.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami