Fungsi kamera ‘Deep Fusion’ telah mula diuji oleh pengguna iPhone 11 Pro – Ini hasilnya

Pada pelancaran siri iPhone 11 yang lalu selain dari fungsi mod malam, ultra-lebar dan slofie, Apple telah mengumumkan bahawa ketiga-tiga model iPhone tersebut bakal dilengkapi dengan fungsi kamera terbaharu yang digelar sebagai Deep Fusion yang akan hadir pada kemaskini iOS 13 kelak.

Buat anda yang masih tidak tahu menahu tentang Deep Fusion, ia adalah fungsi baharu pada kamera siri iPhone 11 yang mampu menghasilkan sesebuah gambar dengan kualiti yang sangat baik dengan hasil gabungan 9 gambar semasa pre-proses ia diambil. Sekaligus menjadikan kualiti gambar itu lebih baik berbanding fungsi Smart HDR. Walaupun anda zum gambar tersebut, ia tetap akan tampak baik.

Dan kini fungsi itu telahpun digunakan oleh pengguna iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max buat kemaskini iOS 13.2 versi beta. Saya tertarik dengan hasil gambar yang telah dikongsikan oleh Jonathan Morrison dimana beliau membuat ujian ini dengan perbandingan Deep Fusion (iPhone 11 Pro) dan Smart HDR (iPhone 11 Pro Max). Rujuk gambar dibawah :

Malah gambar yang dihasilkan oleh fungsi Deep Fusion diproses dengan sangat baik sehinggakan mampu mengecilkan saiz sesebuah gambar itu lebih kecil dan lebih jelas berbanding fungsi Smart HDR walaupun kedua-dua fungsi ini mempunyai format HEIC yang sama.

  • Smart HDR – 2.0MB
  • Deep Fusion – 1.4MB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami