Kemaskini macOS Catalina akan dilepaskan pada 4 Oktober ini buat pengguna iMac dan MacBook

Baru-baru ini Apple telah melepaskan kemaskini iOS 13 dan iPadOS, namun ia tidak berlaku pada macOS buat iMac dan MacBook kerana Apple bakal melepaskan macOS secara rasmi pada umum sekitar bulan Oktober ini.

Kini menerusi laman web Apple di Denmark pada bahagian Arcade, Apple telah memperlihatkan tarikh Arcade bakal tersedia buat pengguna di Denmark bermula 4 Oktober ini. Ya, Apple tidak menyebut tentang kemaskini macOS, tapi kita tahu Arcade akan hadir bersama macOS Catalina. Jadi, perkara ini menguatkan maklumat ini.

Terjemahan dari poster berikut “Permainan luar biasa. Cari di App Store dari 4 Oktober”. Buat pengguna iMac atau MacBook di Malaysia mungkin akan dilepaskan sekitar 4 atau 5 Oktober.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami