Lupakan yang lain, vivo V17 Pro bakal tiba dengan…

Vivo Malaysia bakal memperkenalkan siri terbaru, vivo V17 Pro yang dijangka dijual pada harga RM1,758 pada 1 Oktober ini.

Menakjubkan, fon ini menjadi satu-satunya fon dengan dua kamera selfie atau swafoto jenis terangkat yang pasti mengujakan.

Dikategorikan sebagai telefon kelas pertengahan, ia fon ‘mobilegraphy’ terbaik dengan kamera beresolusi tinggi.

Tambahan pula, telefon kali ini datang dengan 6 kamera, dengan kamera depan tersebut mempunyai kamera 32 megapiksel sudut lebar dan sensor depth 8 megapiksel.

Ia selari dengan konsep yang diperkenalkan ‘Shoot Beyond Limits’, ia mempunyai mod Super Night Selfie yang eksklusif dengan merakam imej selfie dan wefie yang lebih baik.

Manakala kamera belakang pula, ia mengandungi kamera AI 48 megapiksel dan kamera 8 megapiksel sementara satu lagi sensor adalah 2 megapiksel.

Semuanya mempunyai sensor lensa bokeh dan super makro.

Lagi spesifikasi yang sah diperkenalkan termasuk Ultra FullView Display, USB Type-C dan cas pantas.

Layari laman vivo Facebook https://www.facebook.com/VivoMalaysia atau https://www.vivo.com/my untuk pembelian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami