Instagram melepaskan mod gelap buat pengguna Android

Mod gelap adalah sesuatu perkara yang kini menjadi kegilaan pengguna. Apple sebelum ini telah mula memperkenalkan mod gelap buat iOS 13 dan iPadOS. Malah Android juga tidak terkecuali menggunakan mod gelap pada kemaskini Android 10 terbaru mereka.

Dan sudah tentu walaupun Apple menggunakan mod gelap pada peranti, tetapi ia tidak menyeluruh pada semua aplikasi. Kerana ia bergantung pada aplikasi itu sendiri untuk pembangun sediakan mod gelap. Namun untuk Android 10, jika anda aktifkan mod gelap, Instagram akan automatik gelap juga. Mod gelap juga menjadi pilihan kerana sedap mata melihat peranti ketika suasana yang gelap.

Gambar : 9to5Google

Jika sebelum ini Twitter dan YouTube sudah lama tersedia dengan mod gelap, kini giliran aplikasi Instagrampula, salah satu aplikasi media sosial yang cukup terkenal untuk memperkenalkan mod gelap buat pengguna Android sahaja buat masa ini dalam kemaskini beta mereka. Namun belum tersedia lagi buat pengguna iPhone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami