Di China, semua boleh buat – AirPods klon sudah melepasi sekatan yang ada pada iOS 13

AirPods bukan produk keluaran Apple yang asing lagi. Ia adalah salah satu fon telinga tanpa wayar yang pernah menjadi bualan ramai semasa awal pengenalannya kerana keunikan rekaannya dan kini disukai oleh pengguna barangan Apple.

Dengan jenama Apple, ada pengguna yang sanggup mencari AirPods tidak asli atau klon yang dikeluarkan oleh pengeluar pihak ketika. Menariknya, AirPods klon berikut boleh disambungkan sama seperti AirPods yang asli dan kualiti bunyi juga agak bagus.

Buat kemaskini iOS 13 yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada pengguna di Malaysia pada 20 September yang lepas, Apple telah menambahbaik fungsi keselamatan dan privasi, juga beberapa perkara baru. Apple juga dilihat turut menyekat beberapa penggunaan aksesori yang tidak asli dan selain dari perkhidmatan Apple sendiri.

Namun perkara itu telah mendapat penyelesaian di China apabila terdapat laporan bahawa AirPods klon telahpun melepasi sekatan yang ada di iOS 13 dan berfungsi dengan baik di iPhone 11. Ia bukan sesatu yang memeranjatkan kerana sebelum ini juga terdapat beberapa perkara yang China mampu lakukan. Seperti penggunaan skrin tidak asli.

Jika semasa sekatan, AirPods klon tidak boleh mengakses iPhone dan keluar mesej “failure to pair message”. Namun lepas sekatan dapat ditembusi, AirPods klon dapat akses dan digunakan seperti biasa. Malah terdapat paparan peratusan bateri dan gambaran AirPods.

(sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami