Pandang pertama Google Pixel 4 XL – Fon sebenar bocor habis sebelum pelancaran dan sudah mula dijual di pasaran tempatan! — Sticky

Dalam perkongsian kali ni, saya telah memegang dan merasakan sendiri peranti terbaru dari Google yang masih belum rasmi dilancarkan lagi, namun sudah mula berada di dalam pasaran tempatan dengan harga jualan mencecah RM5,499 dan stok yang terhad.

Umum juga sedia maklum bahawa Google bakal melancarkan dua model iaitu Pixel 4 dan Pixel 4 XL. Untuk pandang pertama ini, model yang saya pegang adalah Google Pixel 4 XL yang berwarna putih dengan memori 6GB RAM dan 128GB storan. Berikut adalah spesifikasi rasmi :

  • Pixel 4 : Skrin 5.7-inci 
  • Pixel 4 XL : Skrin 6.3-inci
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 6GB RAM
  • 64GB dan 128GB storan
  • Pixel 4 : 2800mAh
  • Pixel 4 XL : 3700mAh
  • Tiada slot microSD
  • Tiada bicu audio 3.5mm
  • Android 10
  • Just Black, Clearly White dan Oh So Orange colour

Rekaan

Pandang pertama apabila memegang peranti ini memang rasa lain maca walaupun bersaiz besar, ia sedap dan enak bila di pegang. Nipis saiz perantinya tapi tebal wang hantarannya.

Bingkai dibahagian tepi peranti ini adalah jenis ‘matte finish’ yang sememangnya sedap bila di pegang dan feel grip, walaupun saiz besar masih tidak rasa berat bila pegang untuk jangka masa yang panjang.

Bahagian panel belakang kaca dia ada unsur-unsur matte finish tapi tak terlalu kesat, agak sukar untuk diperkatakan rasa bahagian belakang dia. Ketiadaan rekaan asal Pixel (dwi-tona) dapat dihilangkan dengan bingkai kesat dan kamera petak yang berwarna hitam. Ala-ala panda bukan Butang Berwarna kuasa berwarna lain juga turut masih di kekalkan.

Paparan

Paparan peranti ini memang Ummmphhhh. Kelancaran paparan dia bila dah pakai dan pegang phone yang mempunyai kadar segar semula 60hz rasa seperti anda kembali ke zaman lampau. Dengan paparan 2K OLED bersama segar semula 90hz ianya sangat mengiurkan. Sedih melihat peranti iPhone 11 yang tiada 90hz.

Kamera

Bahagian kamera banyak peningkatan. Potret dan sudut lebar kini boleh zoom. Apabila merakam video di tempat yang bising, ia seakan menghilangkan bunyi bising itu. Ia masih ada, tapi terlalu sedikit. Seperti audio zoom.

Kamera masih dalam versi percubaan, tapi apa yang dihasilkan sangat bagus dengan antaramuka baru untuk kamera ia sangat menarik. (Deep Fusion Vs Night Sight)

Pembesar Suara

Selamat Tinggal pembesar suara dibahagian hadapan. Pixel 4 masih mengekalkan pembesar suara stereo, akan tetapi ia telah diletakkan pada bahagian bawah. Apabila digabungkan pembesar suara atas dan bawah, bunyi yang dihasilkan sangat baik. Tidak terlalu kuat, tapi penuh dengan bunyi. Ketelitian bunyi sangat jelas dan enak didengar.

Selamat Tinggal Cap Jari

Google Pixel 4XL adalah peranti yang berharga ceca RM5,000 tanpa pengimbas cap jari. Ya benar, Pixel 4 XL hanya menggunakan fungsi keselamatan pengimbas wajah seperti yang digunakan oleh iPhone 11 Pro. Menariknya, pengimbas wajah peranti ini berfungsi dengan pantas.

Bateri

Dengan hadirnya kadar segar semula 90hz, ketahanan bateri dijangka tidak berapa mesra untuk digunakan pada peranti Google Pixel 4 XL memandangkan kapasiti bateri tidaklah besar. Hanya 3700mAh sahaja.

Kebaikan

  • Kualiti pembinaan yang bagus
  • Kamera (sudah tentu)
  • Paparan (2K + 90Hz)
  • Pembesar suara stereo
  • Kemaskini Android yang pantas

Kekurangan

  • Harga yang agak mahal
  • Tiada pengimbas cap jari

Oleh : Sahmel Watanabay

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami