Xiaomi Mi 9 Pro 5G akan dilengkapi dengan Snapdragon 855+ dan VC Liquid Cooling

Beberapa hari lagi pelancaran rasmi Xiaomi Mi 9 Pro dan Mi MIX 4 yang telah dijadualkan pada 24 September ini, Xiaomi telah mendedahkan bahawa Mi 9 Pro 5G akan dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 855+ yang mempunyai prestasi lebih baik berbanding Snapdragon 855.

Selain pada itu menerusi gambar yang dikongsikan juga , Xiaomi turut mendedahkan bahawa Mi 9 Pro akan dilengkapi dengan sistem penyejukan yang digelar sebagai VC Liquid Cooling yang mempunyai 5 lapisan grafit, tembaga kekonduksian terma yang tinggi dan gel haba bagi mengurangkan tahap kepanasan CPU sehingga 10.2 °C.

Bukan itu sahaja, Xiaomi juga kongsikan maklumat tentang teknologi getaran terbaru yang menawarkan pengalaman bermain permainan mudah alih secara 4D yang terbaik buat pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami