Black Shark 1 akhirnya mendapat kemaskini Android 9 Pie

Black Shark adalah jenama telefon pintar yang memfokuskan pada ciri permainan mudah alih. Ia mula diperkenalkan pada April 2018 dengan model Black Shark 1. Sehingga kini, sudah 4 model keluaran Black Shark di pasaran. Dan paling terbaru adalah Black Shark 2 Pro.

Setelah 1 tahun lebih Black Shark 1 dilancarkan yang menjalankan sistem operasi Android 8 Oreo siap-pasang dalam kotak jualan, kini peranti itu baru sahaja mendapat kemaskini Android 9 Pie. 

Kemaskini ini boleh dilakukan terus melalui fon. Antara yang terbaru terhadap Android 9 Pie adalah versi SharkSpace dan GamerStudio terbaru. Selain itu, terdapat juga pelbagai perkara baru buat kemaskini ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami