Xiaomi Mi MIX 4 dan Mi 9 Pro akan menjadi peranti pertama dengan pengecasan tanpa wayar 30W

Sebelum ini Xiaomi telah mengumumkan teknologi pengecasan tanpa wayar mereka dengan kepantasan 20W yang pertama buat telefon pintar pada Xiaomi Mi 9. Dan baru-baru ini juga Xiaomi mula perkenalkan teknologi yang lebih pantas iaitu Mi Charge Turbo 30W.

Kita juga tahu bahawa Xiaomi bakal melancarkan dua lagi peranti baru mereka yang telah dijadualkan pada 24 September ini iaitu Xiaomi Mi MIX 4 dan Xiaomi Mi 9 Pro yang juga akan mempunyai versi teknologi 5G.

Kini menurut laporan, Xiaomi telah mengesahkan bahawa kedua-dua peranti itu akan dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar Mi Charge Turbo 30W. Sekaligus menjadi peranti pertama dengan pengecasan tanpa wayar paling pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami