Vivo NEX 3 5G kini rasmi – Hadir dengan tri-kamera 64MP dan Snapdragon 855+

Setelah beberapa bulan Vivo mengacah gambar peranti terbaru mereka Vivo NEX 3 dan pelbagai ura-ura yang telah tersebar, malah terdapat pengulas peranti yang awal dapat mencuba sendiri peranti ini dan menunjukkan gambar fon sebenar. Kini Vivo NEX 3 telahpun rasmi.

Vivo NEX 3 hadir dengan skrin OLED 6.89-inci dengan paparan “Waterfall FullView“. Menurut pihak Vivo, ratio skrin-ke-badan peranti hanya 99.6 peratus sahaja. Membuatkan ia memaparkan skrin yang hampir tidak nampak bingkai dan mempunyai pengimbas cap jari di skrin.

Dan seperti yang dijangkakan, teknologi baharu yang diperkenalkan pada peranti ini digelar sebagai Touch Sense atau lebih sinonim sebagai butang sesentuh yang sama digunakan seperti Vivo APEX pada April yang lalu. Tiada lagi butang fizikal seperti peranti yang anda gunakan sekarang.

Pada bahagian lain, NEX 3 hadir dengan 2 model iaitu versi 4G dan versi 5G. Peranti ini juga dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855+, mempunyai sistem penyejukan, bateri sebesar 4500mAh bersamaSuper FlashCharge 44W.

Vivo NEX 3 juga dilengkapi dengan sensor 64MP sebagai kamera utama, 13MP ultra-lebar, dan 13MP kamera telefoto. Manakala pada kamera swafoto, menggunakan kamera 16MP jenis pop-naik. Namun Vivo tidak lagi mendedahkan harga jualan rasmi peranti ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami