Realme XT kini rasmi – Hadir dengan kamera 64MP dan Snapdragon 712

Sebelum ini Realme telah mengacah gambar peranti terbaru mereka dan kini Realme XT telahpun rasmi dilancarkan di India yang memfokuskan pada peranti kelas pertengahan. Sekaligus menjadi peranti pertama dengan kamera 64MP buat pasaran di India.

Dari segi spesifikasi, Realme XT dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 712, skrin bersaiz 6.4-inci FHD+ AMOLED dengan resolusi 2340 x 1080 piksel yang mempunyai ketahanan Gorilla Glass 5, memori sehingga 8GB RAM dan sehingga 128GB storan.

Pada bahagian lain, ia dilengkapi dengan quad-kamera 64MP dengan sensor Samsung ISOCELL Bright GW1 sebagai kamera utama, 8MP sudut ultra-lebar, 2MP bokeh dan 2MP makro. Manakala kamera swafoto menggunakan sensor Sony IMX471 dengan 16MP f/2.0.

Realme XT juga mempunyai bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas 20W yang menggunakan USB Type-C. Hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Pearl White dan Pearl Blue. Realme XT akan mula dijual di pasaran India bermula 16 September ini dengan harga :

  • 4GB RAM + 64GB : ₹15,999 (~RM939)
  • 6GB RAM + 64GB : ₹16,999 (~RM998)
  • 8GB RAM + 128GB : ₹18,999 (~RM1,115)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami