Selamat tinggal Jack Ma

Bila sebut Alibaba, pasti semua sudah kenal. Kerana ia adalah antara platform e-dagang yang berpangkalan di China yang cukup terkenal di seluruh dunia. Bahkan CEO Alibaba sendiri, Jack Ma juga adalah insan yang berpengaruh dalam dunia perniagaan.

Sebelum ini kita sudah dengar mengenai penarikan diri beliau dari Alibaba untuk beralih kepada kerja amal yang tertumpu pada pendidikan Menurut laporan terkini, Jack Ma telahpun meletakkan jawatan beliau sebagai CEO Alibaba Group semalam setelah 20 tahun beliau meneraju syarikat gergasi e-dagang itu. 

Jawatan CEO Alibaba Group kini telah diganti oleh Daniel Zhang yang terkenal dengan sikap kerja keras beliau dan Zhang juga adalah antara yang terawal bersama kumpulan Jack Ma semasa awal penubuhan syarikat itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami