Jenama Realme adalah fon paling laris di Lazada

Lazada adalah salah satu platform penjualan yang cukup terkenal di Malaysia disamping Shopee. Baru-baru ini juga kita tahu bahawa Lazada membuat penjualan besar-besaran 9.9 pada 9 September yang lepas.

Jenama Realme juga sempat menyertai jualan buat telefon pintar mereka buat model Realme 3 Pro 4GB RAM + 64GB storan yang ditawarkan secara ekslusif di Lazada dengan harga RM699. Selain itu telefon pintar kelas bajet Realme C2 dengan 2GB RAM + 16GB juga turut ditawarkan dengan harga RM299.

Dalam penjualan besar-besaran Lazada 9.9, jenama Realme telah berjaya menjadi jenama telefon pintar dengan penjualan yang terbaik buat Lazada 9.9 tempoh hari. Ia sememangnya baju loncatan buat jenama Realme di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami