Telefon sebenar Samsung Galaxy Note 10 Plus terdedah!

Sejak beberapa bulan ini rekaan Samsung Galaxy Note 10 yang tertiris sudah banyak tersebar. Tambahan lagi menurut informasi yang tertiris, Samsung bakal perkenalkan siri Galaxy Note 10 dengan dua model iaitu Note 10 dan Note 10+.

Yang paling terbaru, menerusi perkongsian dari Tech Talk TV, terdapat gambar bahagian hadapan yang jelas terhadap rekaan Samsung Galaxy Note 10+ yang sebenar. Namun bahagian belakang agak kabur sedikit. Tapi jika lihat dengan teliti, ia mempunyai rekaan yang tepat seperti rekaan Samsung Galaxy Note 10 yang tertiris sebelum ini.

Tambahan lagi, jika sebelum ini ramai berpendapat bahawa Galaxy Note 10 versi pro akan menggunakan nama Galaxy Note 10 Pro, ternyata ia salah. Samsung akan menggunakan Galaxy Note 10+ seperti siri Galaxy S sebelum ini disebalik Note 10 Pro.

Merujuk pada gambar, Samsung Galaxy Note 10+ mempunyai paparan skrin dengan lubang kamera (Hole-Punch) dibahagian tengah. Sekaligus ia adalah telefon pintar Samsung yang pertama menggunakan jenis rekaan skrin sebegini dan berbeza dari siri Galaxy S10.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami