Google sedang membangunkan fungsi Fast Share seperti Apple AirDrop buat Android

Google dilaporkan sedang membangunkan fungsi baharu yang dinamakan sebagai Fast Share seumpama fungsi yang diperkenalkan oleh Apple terhadap fungsi AirDrop buat peranti iOS dan iMac.

Fungsi Fast Share pada Android boleh digunakan untuk memindahkan gambar dan fail daripada peranti Android anda, termasuk pautan URL dan teks perkataan kepada peranti Android yang terdekat dengan anda tanpa menggunakan sebarang sambungan internet

Dan apa yang lebih menarik, ia boleh membuat pemindahan fail pada peranti iPhone, Android Chromebook dan juga jam tangan pintar (Smartwatch). Secara jelas bahawa ia lebih bersifat universal berbanding Apple AirDrop.

Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu pergi ke System Setting > Google > Fast Share. Dan untuk persediaan (setup), anda perlu masukkan nama peranti anda dan klik ‘turn on’. Ia juga memerlukan fungsi Bluetooth dan lokasi (location) untuk mengaktiflan fungsi ini.

Setakat ini belum pasti bila fungsi ini akan dilancarkan secara rasmi buat pengguna. Namun kami menjangkakan ia bakal dilepaskan buat Android Q yang bakal dilancarkan buat pengguna tahun ini berikutan Google telah mengumumkan bahawa Android Q tidak lagi menyokong Android Beam.

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami