Google mempatenkan rekaan peranti boleh lipat seperti buku

Peranti dengan skrin bolej lipat tahun ini dilihat bukan lagi sekadar ura-ura atau mitos. Syarikat teknologi terkemuka di dunia seperti Samsung dan Huawei adalah antara syarikat terawal yang perkenalkan teknologi skrin boleh dilipat. Ternyata ia tampak mengujakan bagi peminat peranti.

Bukan itu sahaja, menerusi laporan dari Letsgo Digital. Google sedang mempatenkan rekaan peranti baharu yang mempunyai ciri seperti halaman buku (pages). Ia bukan sekadar satu atau dua panel skrin sahaja, malah 5 panel lapisan skrin yang boleh dibuka seperti halaman buku yang boleh dilipat.

Beberapa individu berpendapat bahawa Google sedang membangunkan teknologi peranti yang berasaskan buku pintar (SmartBook). Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai peranti ini. Bahkan saya juga agak musykil tentang bagaimana komponen akan diletakkan pada peranti ini lebih-lebih lagi bahagian bateri. Apa pun ia hanya sekadar paten dan sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami