Apple harus membayar penalti kepada Samsung kerana jualan iPhone yang rendah

Umum sedia maklum bahawa Samsung adalah pengeluar nombor satu didunia terhadap teknologi peranti yang telah membekalkan panel skrin OLED kepada Apple buat iPhone X pada tahun 2017 yang lalu. Sekaligus ia adalah iPhone pertama yang menggunakan skrin jenis OLED.

Berdasarkan laporan penjualan iPhone tahun 2018 juga, iPhone menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan tahun 2017. Ia ternyata satu berita buruk buat Apple inc dan mampu memberi kesan terhadap pembekal.

Sekaligus, dengan penjualan iPhone yang rendah ia telah memberi kesan terhadap tempahan panel skrin OLED kepada Samsung. Laporan juga menyebut bahawa Apple menjanjikan tempahan 100 juta unit panel OLED setahun.

Berikutan isu ini juga, Apple perlu membayar penalti kepada pihak Samsung kerana gagal melakukan pesanan minima yang ditetapkan buat panel skrin OLED iPhone.

Jumlah penalti yang Apple perlu bayar kepada Samsung sekurang-kurangnya $170 juta, jika mengikut tukaran wang asing semasa dalam RM705 juta.

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami