Siri Samsung Galaxy A90 akan hadir dengan Snapdragon 855, Skrin 6.7-inci, Tri-Kamera dan Teknologi 5G

Pada awal Jun yang lepas, kita telah diperlihatkan dengan model peranti terbaru dari Samsung dengan siri nombor A9050. Ia secara jelas adalah telefon pintar terbaru dari Samsung terhadap siri Galaxy A90 yang bakal diperkenalkan tak lama lagi. 

Menerusi pengguna Twitter yang memang cukup popular dengan maklumat peranti yang dibocorkan sebelum tarikh pelancarannya iaitu OnLeaks, beliau telah mendapat maklumat terkini tentang Galaxy A90 yang mungkin akan hadir dengan dua pilihan varian dengan nombor siri A908 dan A905.

Berdasarkan perkongsian dari OnLeaks, siri Galaxy A90 akan dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855. Ia agak mengejutkan kerana terdapat ura-ura sebelum ini yang berpendapat bahawa ia mungkin akan hadir dengan Snapdragon

Pada model A908, ia mungkin akan hadir dengan skrin yang bersaiz 6.7-inci dengan teknologi pengimbas cap jari yang terbina di dalam skrin dan mempunyai teknologi tri-kamera 48MP + 8MP + 5MP. Tambahan lagi, ia juga mempunyai sokongan teknologi 5G.

Manakala buat model A905, sama seperti model A908 ia mungkin akan hadir dengan skrin yang bersaiz 6.7-inci dengan teknologi pengimbas cap jari yang terbina di dalam skrin. Namun sedikit berbeza pada bahagian kamera kerana ia mempunyai tri-kamera 48MP + 12MP + 5MP dan teknologi fungsi baharu iaitu Tilt Optical Image Stabilization (OIS)

Selain itu, Ice Universe juga turut berkongsi pendapat beliau bahawa siri Galaxy A90 tidak menggunakan kod nama ‘R’, sebaliknya Galaxy A90 tetap A90 dan ia mempunyai teknologi 5G. Hatta, ia juga akan hadir dengan pengecasan pantas 45W.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami