Kualiti gambar pada ‘kamera dibawah skrin Oppo’ tidak sebagus seperti yang anda jangkakan

Pada awal Jun yang lepas Oppo dan Xiaomi telah gemparkan peminat peranti didunia terhadap teknologi kamera dibawah skrin mereka. Ia ternyata adalah antara teknologi yang pertama didunia ditunjukkan kepada umum melalui laman Twitter rasmi mereka.

Dalam pada itu, Oppo telah menunjukkan poster rasmi mereka pada 19 Jun yang lepas bahawa teknologi kamera dibawah skrin itu akan dilancarkan pada acara khas MWC 2019 yang diadakan di Shanghai. Ia sekaligus menjadi teknologi yang pertama didunia dilancarkan.

Namun menerusi Weibo, Brien Shen (Naib Presiden Oppo) telah mengatakan bahawa kualiti gambar yang dihasilkan pada teknologi kamera dibawah skrin tidak seperti yang anda jangkakan kerana teknologi ini tidak akan lancar (smooth).

Menambah lagi, beliau juga mengambil berat terhadap kualiti gambar yang dihasilkan dan mengatakan bahawa kualiti gambar yang dihasilkan oleh teknologi ini tidak seperti kualiti gambar dari kamera yang ada dipasaran sekarang.

Ia jelas seperti yang saya jangkakan sebelum ini bahawa inovasi teknologi ini masih belum capai kematangan lagi dan masih diperingkat awal. Jika Oppo terburu-buru untuk keluarkan kepada pengguna, ia mungkin boleh menjatuhkan reputasi Oppo memandangkan teknologi ini masih diperingkat awal.

Apa-apa pun, saya mengharapkan Oppo segera menambahbaik teknologi yang baharu ini supaya Oppo tidak keluarkan produk separuh masak yang seringkali menjadi kebimbangan terhadap pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami