Gambar rasmi Xiaomi CC9 berwarna putih diperlihatkan

Xiaomi CC adalah siri baru telefon pintar Xiaomi dan ia pelancaran rasminya dijadualkan pada 2 Julai ini. Xiaomi dilaporkan akan perkenalkan model Xiaomi CC9 yang memfokuskan terhadap penggemar swafoto.

Ia mempunyai kamera swafoto 32-megapiksel. Manakala bahagian kamera belakang, ia mempunyai tri-kamera disamping 48-megapiksel sensor. Hari ini juga pengurus produk Xiaomi CC telah kongsikan gambar CC9 yang berwarna putih dan rekaan yang dilihat tampak premium.

Pada bahagian lain, dapat lihat ia masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dibahagia atas. Manakala dibahagian bawah, ia mempunyai sambungan kabel jenis Type-C, bahagian pembesar suara dan mikrofon.

Walaupun kita hanya diperlihatkan dengan rekaan bahagian belakang, ura-ura kuat mengatakan bahawa Xiaomi CC9 bakal menggunakan skrin jenis AMOLED dengan teknologi pengimbas cap jari yang terbina di dalam skrin.

Selain itu, Xiaomi CC9 dijangka akan dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 730, bateri sebesar 4000mAh dan pengecasan pantas 27W. Kamera juga mungkin akan hadir dengan sensor kamera 48MP + 12MP + 16MP tri-kamera. Manakala pada bahagian skrin, ia mungkin akan menggunakan skrin sebesar 6.2-inci FHD+ WaterDrop. Harga yang ditawarkan buat pasaran China juga dijangka berharga CNY 2,599 (RM1,577) mengikut tukaran wang asing semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami