Vivo AR Glass – Kaca mata pintar terbaharu dengan pengalaman 3D

Pada acara khas MWC 2019 yang diadakan di Shanghai pada minggu ini, Vivo dijangka akan perkenalkan beberapa teknologi baharu. Ia termasuk teknologi pengecasan pantas 120W yang ditunjukkan melalui poster rasmi sebelum ini. Dalam pada itu, Vivo juga akan perkenalkan AR Glasses iaitu kaca mata pintar yang mempunyai keupayaan Augemented Reality (AR).

Setakat ini Vivo tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenainya. Vivo AR Glasess ini menawarkan skrin besar dengan paparan tontonan 110-inci dan disertakan dengan pengalaman 3D. Anda boleh melihat poster yang dikongsikan. Ia seolah-olah mirip dengan kaca mata pintar yang digunakan dalam filem fiksyen sci-fi Ready Player One.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami