iOS 13 Public BETA kini tersedia — Cara muat turun

Umum sedia maklum bahawa Apple pada awal Jun yang lepas telah melancarkan secara rasmi iOS 13 yang terbaharu. Apa yang menarik lagi, iPad kini menjalankan sistem operasi yang tersendiri iaitu iPadOS.Hari ini, Apple telah melepaskan versi iOS 13 Public BETA buat pengguna iPhone. Public BETA adalah versi untuk umum mencuba iOS 13 sebelum ia dilepaskan secara rasmi pada umum pada September nanti. Bermakna, buat masa ni ia adalah versi percubaan sebelum ia betul-betul dilepaskan pada September ini.

iPhone yang menyokong iOS 13 :

  • iPhone SE
  • iPhone 6s, iPhone 6s Plus
  • iPhone 7, iPhone 7 Plus
  • iPhone 8, iPhone 8 Plus
  • iPhone X, iPhone Xr
  • iPhone Xs, iPhone Xs Max
  • iPod Touch (7th gen)

Amaran : Mungkin ada ketidakstabilan (pepijat). Anda tidak mudah untuk kembali ke iOS sebelumnya. Pengguna biasa tidak digalakkan melainkan anda tidak kisah tentang ketidakstabilan dan ingin merasai pembaharuan di iOS 13. Anda juga digalakkan backup iPhone terlebih dahulu.

Cara-cara muat turun iOS 13

  • Pergi ke laman web Apple BETA, buka di Apple Safari sahaja. Jangan buka selain dari Safari.
  • Daftar jika anda belum daftar lagi dan Sign In
  • Klik “Enroll Your Devices” dibahagian atas sekali (anda mungkin perlu pusing bentuk horizontal untuk melihatnya)
  • Sahkan muat turun BETA Profile
  • Restart iPhone
  • Sambungkan WiFi jika anda tidak sambungkan lagi dan pastikan bateri anda penuh
  • Pergi ke Setting > General > Software Update
  • iPhone anda akan diperlihatkan dengan kemaskini iOS 13 dan ia akan mula muat turun
  • Install dan iPhone anda akan restart. Selepas itu, ia sedia untuk menjalankan iOS 13.

Baca lebih lanjut apa yang menarik dengan iOS 13 di pautan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami