Kerajaan kini dalam pelaksanaan teknologi 5G di Malaysia

Hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah kongsikan kemaskini baharu tentang pelaksanaan 5G di Malaysia yang dilihat memberi pelbagai kemajuan yang positif setelah pasukan petugas khas 5G ditubuhkan pada Oktober 2018 yang lepas.

Mengulas perkongsian berikut, SKMM mengatakan bahawa pelbagai kemajuan signifikan telah dicapai oleh pasukan petugas 5G. Tambahan lagi, empat kumpulan kerja iaitu Idea/Cadangan Perniagaan (Business Case), Kawal SeliaInfrastruktur dan Pengurusan serta Pengagihan Spektrum telah mulakan tugasan masing-masing.

Pengerusinya, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus mengatakan bahawa “Antara kemajuan yang dimaksudkan termasuklah peningkatan jumlah keanggotaan pasukan petugas khas sedia ada, penganjuran pameran 5G Malaysia, kesediaan pihak industri untuk menjayakan inisiatif 5G serta pelbagai perancangan yang telah dibincangkan oleh setiap kumpulan kerja dalam pasukan petugas khas tersebut.

Hatta, SKMM juga turut akan membincangkan lebih lanjut tentang potensi kerjasama terhadap teknologi 5G dalam kementerian dan akan mengadakan pertemuan dengan kementerian pengangkutan, pendidikan, kesihatan, dan lain-lain lagi yang berkepentingan.

Ia adalah langkah dan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan teknologi 5G mengikut sasaran mereka untuk membawa teknologi ini yang pertama di rantau ASEAN membawa pengalaman teknologi 5G buat pengguna dalam tahun 2021 atau 2022. Secara tak langsung, ia dapat memanfaatkan buat semua pengguna di Malaysia.

Sebelum ini juga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan hasrat beliau untuk terus menggunakan teknologi 5G dari Huawei walaupun ia mendapat tekanan yang hebat oleh kerajaan Amerika Syarikat. Beliau juga turut menjangkakan Malaysia akan merasai teknologi 5G pada 2 – 3 tahun mendatang.

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami