FedEx menolak untuk menghantar peranti Huawei dari UK ke AS

Pengharaman Huawei di Amerika Syarikat nampaknya semakin memberi tekanan yang berterusan terhadap Huawei. Menurut laporan dari PCMag, percubaan penghantaran Huawei P30 Pro dari UK ke AS gagal melalui perkhidmatan penghantaran barang FedEx.

Menurut wartawan PCMag di UK iaitu Adam Smith berkata bahawa beliau telah menulis informasi penuh termasuk nombor model tentang peranti yang ingin dihantar di kertas konsainan (consignment) untuk penghantaran ke AS namun ia gagal dan dipulangkan kembali.

Berhubung isu ini, perkhidmatan pelanggan Parcelforce mesej secara terus melalui Twitter mereka terhadap Adam Smith memberitau bahawa “Seperti yang disarankan mengenai maklumat yang diberikan, disebabkan oleh isu-isu kerajaan Amerika Syarikat dengan Huawei mereka tidak menerima sebarang barangan dengan jenama ini (Huawei)”

Twitter rasmi FedExHelp juga memberi maklum balas pada Adam Smith dengan menyatakan “Adam, pada 16 Mei 2019, Huawei Technologies Co, Ltd dan 68 daripada sekutu globalnya dimasukkan ke dalam ‘Entiti List’ yang menyenaraikan beberapa entiti tertentu yang syarikat-syarikat AS dilarang menjalankan perniagaan. Kami meminta maaf kerana kesulitan ini”

Ia agak mengecewakan apabila pihak UPS di UK tiada masalah berhubung isu ini kerana menurut beliau, jurucakap UPS mengatakan bahawa “Tidak ada pengharaman umum mengenai penghantaran peranti Huawei antara United Kingdom dan Amerika Syarikat”

Twitter rasmi UPS US juga memberi maklum balas mengenai isu yang penghantaran yang ditolak oleh FedEx “Saya melihat artikel tentang FedEx menolak penghantaran ini tetapi saya meninjau maklumat dan dasar kami dan ini bukanlah kes bagi kami. Tidak ada yang melarang penghantaran telefon Huawei dari UK ke AS. “

Secara jelas ia sepatutnya tiada sebarang isu yang perlu dibangkitkan mengenai penghantaran peranti Huawei ke AS. Ia sangatlah tidak adil buat pengguna Huawei. Kami berharap pihak FedEx mampu menjelaskan lebih lanjut mengenai isu ini.

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami