Vivo Super FlashCharge 120W – Bateri 4000mAh hanya 13 minit penuh!

Pengecasan pantas boleh dikira perkara wajib yang diperlukan oleh sesebuah peranti masa kini. Sebelum ini kita telah diperlihatkan pelbagai jenis pengecasan pantas yang ditawarkan oleh pengeluar peranti. 

Huawei perkenalkan pengecasan pantas 40W mereka, manakala OnePlus pun telah perkenalkan WARP Charge dengan 30W dan Oppo Find X edisi khas dengan SuperVOOC Flash Charge 50W. Xiaomi juga tidak terkecuali sebelum ini menunjukkan pengecasan pantas 100W yang masih belum dilancarkan di pasaran.

Baru-baru ini Vivo pula menunjukkan teknologi pengecasan pantas mereka dengan kuasa 120W Super FlashCharge. Mengikut info yang rasmi, ia boleh mengecas sebuah peranti yang mempunyai bateri 4000mAh dengan kelajuan 5 minit 50% dan 13 minit 100% penuh!

Vivo dikhabarkan sedang bersiap sedia untuk acara khas MWC 2019 yang diadakan di Shanghai yang akan berlangsung minggu hadapan. Beberapa pengeluar peranti juga turut bersedia untuk acara khas ini. Kita akan diperlihatkan dengan pelbagai teknologi dari pengeluar peranti China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami