Huawei Filipina membuat ‘bayaran balik penuh’ jika ia tidak menyokong aplikasi Facebook dan Google

Berhubung pengharaman Huawei di AS, ia ternyata memberi impak yang sangat besar buat pengguna secara global yang menggunakan peranti Huawei. Sehingga kini masih ada pengguna yang ragu-ragu terhadap peranti Huawei malah elak membelinya.

Menurut laporan dari media Filipina Revu, pengedar Huawei kini sedang menjalankan program yang menarik di Filipina. Terdapat program bayaran balik sepenuhnya untuk telefon pintar dan tablet Huawei yang dibeli di Filipina jika ia tidak menyokong aplikasi Facebook dan Google. Terdapat lebih daripada 30 peruncit dan pengedar yang bekerjasama sebahagian daripada program ini.

Pengguna Huawei di Filipina akan mendapat bayaran balik penuh sekiranya aplikasi dan perkhidmatan Google seperti Play Store, Gmail, dan YouTube serta aplikasi bukan Google lain yang popular seperti Facebook, Instagram, dan WhatsApp tidak berfungsi pada peranti Huawei. Untuk mendapatkan tuntutan ini, peranti berikut juga harus tidak berusia lebih 2 tahun.

Menurut beberapa laporan mengatakan bahawa tindakan bayaran balik penuh ini bukan rasmi dari pihak Huawei, tetapi ia adalah tindakan dari peruncit dan pengedar Huawei di Filipina untuk meyakinkan pengguna terhadap pembelian peranti Huawei. Ia juga adalah langkah untuk menidakkan maklumat atau ura-ura yang belum pasti dan tidak benar.

Apabila ditanya oleh pihak Revu sama ada promo itu sah atau tidak, Huawei memberitahu bahawa ia adalah“inisiatif pengedar kami dengan peniaga kami.” 

Berikut adalah senarai peranti Huawei yang sah untuk mendapat bayaran balik penuh di Filipina :

  • Huawei P30 Pro
  • Huawei P30
  • Huawei P30 Lite
  • Huawei Mate 20 Pro
  • Huawei Mate 20
  • Porsche Design Huawei Mate 20 RS
  • Huawei P20 Pro
  • Huawei P20
  • Huawei P20 Lite
  • Huawei Nova 3
  • Huawei Nova 3i
  • Huawei Nova 2 Lite
  • Huawei Y Max
  • Huawei Y9 Prime 2019
  • Huawei Y9 2019
  • Huawei Y7 Pro 2019
  • Huawei Y6 Pro 2019
  • Huawei Y6 2018
  • Huawei Y5 2019
  • Huawei Y5 Lite 2018
  • Huawei M5 Lite 10
  • Huawei M5 Lite 8
  • Huawei M3 Lite 8
  • Huawei T5 10
  • Huawei T3 7

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami