Poster rasmi iQOO Neo dengan tri-kamera

Sebelum ini terdapat ura-ura mengenai telefon pintar terbaru dari iQOO (sub-jenama dari Vivo) mengenai telefon pintar yang kurang berkuasa dari telefon pintar yang pernah iQOO perkenalkan sebelum ini.

Menerusi laporan terbaru, iQOO telah kongsikan poster rasmi telefon pintar terbaru mereka yang diberi nama sebagai iQOO Neo. Merujuk pada poster yang dikongsikan, iQOO Neo dilengkapi dengan tri-kamera, paparan skrin bertakuk WaterDrop, pilihan warna ungu dan hitam.

Jika mengikut maklumat yang dikongsikan oleh GizmoChina, iQOO Neo mungkin akan dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 845, bateri sebesar 4,000mAh6GB RAM dan 128GB storan memori. Tambahan lagi, ia juga mungkin menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Namun, setakat ini tiada maklumat lebih yang dikongsikan oleh iQOO mengenai telefon pintar terbaru ini. Hanya kemungkinan sahaja yang dapat saya jangkakan dan kongsikan mengikut ura-ura. Harap kita akan dengar lebih mengenainya dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami