Pelindung skrin Samsung Galaxy Note 10 diperlihatkan!

Siri Samsung Galaxy Note sememangnya mempunyai tarikan dan peminatnya yang tersendiri. Ia juga satu-satunya telefon pintar di pasaran yang mempunyai fungsi stylus pen (S-Pen) yang tersendiri dan mendapat sambutan yang begitu baik oleh pengguna.

Tahun ini pelbagai ura-ura mengatakan bahawa siri Galaxy Note kali ini Samsung akan perkenalkan 2 pilihan model yang berlainan iaitu Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10 Pro.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter Ice Universe dan Max J, antara 2 nama yang tidak asing lagi di laman sosial pakar dalam membocorkan rekaan dan spesifikasi peranti sebelum tarikh pelancarannya telah kongsikan gambar pelindung skrin yang dibuat khas buat Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10 Pro.

Jika dilihat dari gambar, jelas bahawa Samsung masih mengekalkan rekaan infinity display yang berbentuk lengkung dibahagian sisi dan yang paling menarik adalah saiz bingkai pada pelindung skrin ini sangat nipis berbanding peranti Samsung yang lain.

Ia kuat mengatakan bahawa siri Galaxy Note 10 kali ini akan mempunyai bingkai skrin yang lebih nipis. Manakala pada bahagian kamera hadapan, ia seperti gambar rekaan yang tertiris sebelum ini dengan lubang kamera di bahagian atas tengah yang lengkapi dengan satu kamerabukan dwi-kamera.

Pada bahagian pengimbas cap jari, siri Galaxy Note 10 mungkin akan mengekalkan teknologi pengimbas cap jari ultrasonic yang diperkenalkan buat siri Galaxy S10 yang lepas atau mungkin lebih pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami