AMD dan Samsung bergabung bagi menghasilkan cip GPU yang berkuasa!

AMD bukan nama yang asing lagi dalam arena penghasilan cip dan grafik yang berasaskan permainan buat komputer riba, konsol dan komputer.

Syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini dilaporkan bekerjasama dengan Samsung bagi menghasilkan cip grafik dengan kuasa ultra dan grafik buat permainan mudah alih (mobile) yang berprestasi tinggi berdasarkan teknologi grafik Radeon AMD.

CEO AMD, Dr Lisa Su dalam satu kenyataan turut mengatakan “Penggunaan teknologi grafik Radeon kami di seluruh pasaran PC, konsol permainan, awan dan HPC telah berkembang dengan ketara dan kami sangat gembira kerana kini bergaul dengan pemimpin industri Samsung untuk mempercepat inovasi grafik di pasaran mudah alih. Perkongsian strategik ini akan memanjangkan jangkauan grafik Radeon yang berprestasi tinggi kami ke dalam pasaran mudah alih, dengan ketara memperluaskan pangkalan pengguna Radeon dan ekosistem pembangunan. “

Sebagai langkah kerjasama, Samsung akan melesenkan grafik AMD yang menfokuskan pada teknologi dan penyelesaian grafik lanjutan di seluruh aplikasi mudah alih, termasuk telefon pintar.

Manakala bagi pihak AMD, mereka akan melesenkan IP grafik tersuai berdasarkan apa yang diumumkan baru-baru ini. Menurut AMD lagi, Samsung juga perlu membayar perlesenan teknologi dan royalti kepada AMD.

Jika sebelum ini AMD dikritik hebat kerana tidak memasuki pasaran telefon pintar, kali ini AMD dilihat telah membuat langkah dengan bekerjasama bersama Samsung bagi menghasilkan cip grafik buat pasaran mudah alih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami