iPhone 11 bakal dibekalkan dengan pengecasan pantas dan kabel USB-C

Apple secara rasmi telah mula perkenalkan teknologi pengecasan pantas buat iPhone sejak dari tahun 2017 buat iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X. Namun sedikit mengecewakan masa itu adalah tiada aksesori pengecasan pantas yang dibekalkan sekali dalam bungkusan jualan.

Namun menerusi kemaskini iOS 13, dapat lihat gambar kabel yang dicucuk di iTunes telah diubah menjadi gambar cucuk di kamputer riba. Salah satu faktornya adalah kerana iTunes telah ditamatkan perkhidmatannya untuk macOS Catalina.

Petanda lain lagi, kabel yang diperlihatkan juga menggunakan kabel jenis USB-C, bukan lagi Apple Lightning. Ini menguatkan lagi bahawa siri iPhone 11 mungkin akan dibekalkan dengan kabel dan power adapter pengecasan pantas jenis USB-C sekali ‘dalam kotak’.

Namun terdapat beberapa sumber yang mengatakan bahawa Apple bakal menggunakan kabel jenis USB-C kepada Lightning, bukan USB-C kepada USB-A seperti kabel yang banyak digunapakai oleh peranti Android buat siri iPhone 11 tahun ini.

Info tambahan :

Jika anda ingin merasai sokongan pengecasan pantas, ia tersedia buat model iPhone 8 ke atas sahaja. Bermakna, model iPhone 7 ke bawah tiada sokongan pengecasan pantas walaupun anda gunakan segala jenis aksesori pengecasan pantas.

Pengecasan pantas yang digunakan buat model iPhone 8 keatas juga adalah jenis Power Delivery (PD). Sama seperti yang digunakan buat siri Google Pixel dan Macbook.

Jika anda ingin mencari aksesori pengecasan pantas untuk iPhone, cari yang ada sokongan Power Delivery (PD) untuk aksesori yang dijual oleh pihak ketiga (third party). Baik powerbank, kabel mahupun power adapter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami