Siri Google Pixel – Peranti satu kamera dengan hasil gambar yang sangat mengagumkan!

Jika kita melihat trend peranti dipasaran dalam masa 3 tahun yang lepas hingga kini, dapat lihat peningkatan teknologi kamera makin lama semakin mempunyai potensi yang tinggi. Malah jumlah sensor kamera juga turut meningkat dari satu hingga ada yang menggunakan 5 kamera.

Namun ia tidak terjadi kepada siri Google Pixel. Setelah 3 siri Google perkenalkan sejak tahun 2016, ketiga-tiga siri berikut masih mengekalkan satu kamera dengan hanya sensor 12 megapiksel, ia mempunyai keupayaandan hasil kualiti gambar yang sangat mengagumkan!

Ini dibuktikan oleh ramai pengguna Google Pixel sendiri. Dengan itu juga, Google berjaya membuktikan pada umum bahawa sensor kamera yang banyak dan megapiksel yang besar tidak semestinya syarat wajib bahawa kamera pada sesuatu peranti itu cukup bagus.

Gambar yang menjadi fenomena oleh Abeden Mung

Keupayaan kamera Google Pixel bukan lagi satu rahsia. Selain dari mempunyai kualiti sensor yang bagus, ia juga disokong baik oleh sistem operasi Android Asli dan perisian kamera (Google Camerayang dibina oleh Google khas buat peranti Pixel. Hasil gambar yang diambil akan diolah secara automatik untuk menampakkan gambar lebih baik.

Berikut adalah contoh gambar yang diambil oleh pengguna Google Pixel tempatan. Gambar tidak ubah seperti gambar yang dihasilkan oleh kamera DSLR dan Mirrorless :

Gambar oleh : Abeden Mung (@tkdnxv) – Pixel 2 XL

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami