Xiaomi Mi 9T akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Jun ini


Walaupun Xiaomi Mi 9T belum lagi dilancarkan dimana-mana pasaran, ia dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Jun ini.
Dikhabarkan ia adalah siri Redmi K20 yang dijenamakan semula menjadi siri Xiaomi Mi 9T dengan 2 pilihan variasi iaitu Xiaomi Mi 9T dan Xiaomi Mi 9T Pro. Menerusi gambar poster yang dikongsikan, lihat jelas bahawa peranti berikut menggunakan kamera swafoto jenis pop-up.
Setakat ini tiada maklumat lanjut yang diperoleh tentang spesifikasi penuh Xiaomi Mi 9T. Kami menjangkakan ia akan mempunyai spesifikasi yang sama seperti siri Redmi K20 yang pernah dilancarkan sebelum ini.