Google Stadia : Semua yang anda perlu tahu

Pada bulan mac yang lepas Google telah perkenalkan perkhidmatan permainan penstriman iaitu Stadia. Ia adalah permainan penstriman yang berasaskan permainan-awan (cloud-gaming). Berbeza dengan permainan konsol yang lain.

Semalam Google telah mengumumkan bahawa ia akan dilancarkan pada pengguna pada bulan November tahun ini dengan harga langganan serendah $9.99 (RM41) sebulan buat Stadia Pro.

Selain dari langganan bulanan Stadia Pro, anda juga boleh membeli beberapa permainan yang tersedia di dalam Stadia tanpa memerlukan akses atau pembelian bulanan terhadap Stadia Pro. Akan tetapi resolusi yang ditawarkan adalah terhad.

Google juga turut menyatakan bahawa permainan Stadia dapat di akses melalui pelayar web sahaja tanpa memerlukan konsol khas seperti Sony PS4 atau Xbox One S. Anda dapat bermain dengan hanya menggunakan Chromecast yang dicucuk di Televisyen rumah anda. Selain itu, anda juga boleh mengakses Stadia melalui mana-mana peranti yang mempunyai Google Chrome seperti telefon, komputer riba dan lain-lain.

Namun, Google juga turut menambah sekiranya anda ingin bermain Stadia, anda perlukan sambungan internet dengan kelajuan muat naik minimum 1Mbps dan 10Mbps untuk anda muat turun. Manakala untuk anda bermain dengan resolusi 4K, anda perlukan sekurang-kurangnya 35Mbps kelajuan internet. 

Untuk bermain Stadia dengan paparan resolusi 720p 60fps, anda perlukan sekurang-kurangnya kelajuan internet 5Mbps. Manakala untuk resolusi 1080p 60fps, anda perlukan 10Mbps minimum. Dan ia adalah kelajuan minimum yang didicadangkan oleh Google sendiri.

Google juga turut menawarkan harga perkenalan buat Stadia dengan tawaran pakej Night Blue Stadia Controller, Chromecast Ultra, 3 bulan langganan Stadia Pro, dan juga Destiny 2 : The Collection dengan harga $129 (RM535).

Berikut adalah negara yang bakal mendapat akses Stadia :

Gambar : The Verge

Jika anda mengharapkan Stadia akan hadir di Malaysia dalam masa terdekat, ia mungkin adalah sesuatu yang tidak mungkin lagi memandangkan sasaran pasaran Stadia adalah terhad kepada beberapa negara maju sahaja buat masa ini. Bahkan, Singapura juga turut terkecuali dari negara yang mendapat akses.

Menurut The Verge, ini adalah senarai permainan yang bakal diperkenalkan buat permainan penstriman Stadia Pro :

  • Bandai Namco – Dragon Ball Xenoverse 2
  • Bethesda – DOOM Eternal, DOOM 2016, Rage 2, The Elder Scrolls Online, Wolfenstein: Youngblood
  • Bungie – Destiny 2
  • Capcom –TBD
  • Coatsink – Get Packed (Stadia exclusive)
  • Codemasters – GRID
  • Deep Silver – Metro Exodus
  • Drool – Thumper
  • Electronic Arts – TBD
  • Giants Software – Farming Simulator 19
  • Larian Studios – Baldur’s Gate 3
  • nWay Games – Power Rangers: Battle for the Grid
  • Rockstar Games – TBD
  • Sega – Football Manager
  • SNK – Samurai Shodown
  • Square Enix – Final Fantasy XV, Tomb Raider Definitive Edition, Rise of the Tomb Raider, Shadow of the Tomb Raider
  • 2K Games – NBA 2K, Borderlands 3
  • Tequila Works – Gylt (Stadia exclusive)
  • Warner Bros. – Mortal Kombat 11
  • THQ – Darksiders Genesis
  • Ubisoft – Assassin’s Creed Odyssey, Just Dance, Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint, Tom Clancy’s The Division 2, Trials Rising, The Crew 2

*Paparan harga yang ditunjukkan adalah mengikut tukaran wang asing semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami