Google mahu bekerjasama dengan Huawei tanpa kelulusan perlesenan dari kerajaan Amerika Syarikat

Berhubung isu pengharaman kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap Huawei sebelum ini, pelbagai sekatan telah dihadapi oleh Huawei. Termasuk sekatan kerjasama dengan syarikat teknologi dari AS iaitu Google.

Ia menyebabkan Huawei mengambil keputusan untuk bertindak dengan plan B mereka iaitu menggantikan sistem operasi Android dan Windows dengan sistem operasi mereka sendiri iaitu ARK OS.

Namun hari ini mengikut laporan dari Huawei Central, pihak Google akhirnya memberi sokongan terhadap Huawei dengan tindakan mereka untuk tetap bekerjasama dengan Huawei tanpa persetujuan perlesenan dari kerajaan AS.

Pihak Google mengatakan “Seperti syarikat AS yang lain, kami terlibat dengan Jabatan Perdagangan untuk memastikan kami mematuhi sepenuhnya keperluan dan lesen sementaranya. Fokus kami adalah melindungi keselamatan pengguna Google mengenai berjuta-juta telefon bimbit Huawei sedia ada di AS dan di seluruh dunia.”

Menerusi maklum balas dari Google, jelas bahawa mereka mengambil berat terhadap semua pengguna Huawei di seluruh dunia mahupun di AS. 

Tambahan lagi, mengikut laporan dari FT, Senior Eksekutif di Google waktu ini juga sedang menekan pegawai AS untuk mengecualikan Google daripada pengharaman kerjasama dengan Huawei tanpa perlesenan yang diluluskan oleh kerajaan AS.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami