Konsol tercomel di dunia

Panic, sebuah syarikat perisian di bawah Mac dan iOS telah mengumumkan peranti pertama mereka iaitu Playdate. Ia adalah sebuah konsol permainan mudah alih berwarna kuning terang yang menawarkan skrin ‘monochrome’ yang telah di reka bentuk oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Sweden.

Rekaan skrin yang ditawarkan pada Playdate kelihatan seperti konsol permainan Gameboy yang pernah dikeluarkan oleh Nintendo dan pastinya akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak kepada mereka yang pernah merasai pengalaman bermain konsol ini suatu ketika dahulu. Selain itu, konsol ini juga menawarkan skrin berukuran 2.7 inci.

Secara keseluruhannya, konsol permainan ini mampu memberikan pengalaman baru kepada pengguna dengan butang D-pad serta butang muka yang sangat mesra pengguna ditambahkan lagi dengan warna kuning terangnya yang mampu menambat hati peminat tegar permainan video lama. Pembesar suaranya juga agak kuat dan jelas.

Buat masa ini, Playdate masih belum dapat dipasarkan kepada umum sehingga tahun depan dan belum ada tarikh rasmi berkenaan konsol ini.

Artikel oleh : Hakim Zainal (FacebookTwitterInstagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami